Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Doakan Kes Berjalan Lancar, Peguam Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat yang mewakili ibu bapa kepada mangsa kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Foto: Kosmo

Menurut satu laporan Buletin TV3, lelaki berkenaan berkata, beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas beberapa sebab tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.
“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Foto: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, keluarga ibu bapa Zayn Rayyan melantik Mahmud untuk mewakili mereka selepas pasangan terbabit ditahan oleh pihak polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pula berkata, pasangan berusia 28 tahun itu akan direman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap insiden tersebut.

Foto: Scoop

Terdahulu, mayat adik Zayn Rayyan ditemui di saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam di sebuah pangsapuri di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 6 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas laporan hasil bedah siasat ke atas mayat dikeluarkan, mangsa disahkan dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher dan anggota badannya.

Sumber: Buletin TV3

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Sosial

Lelaki kurang siuman yang ditahan baru-baru ini kerana membunuh dan mengerat rakan yang juga kurang siuman didakwa turut makan daging mangsa ketika dia ditemui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd