Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Susulan Pendedahan PAC, KESUMA Akan Lapor SPRM Siasat Kepincangan Sistem Pengurusan

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kepincangan dua sistem pengurusan pekerja asing seperti yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Menterinya Steven Sim berkata, Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Seri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Shahul Dawood sudah diarahkan membuat laporan berkenaan perkara tersebut sejajar dengan syor Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Foto: Berita Harian

“KESUMA mengambil serius dengan laporan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan PAC yang dibentangkan Parlimen baru-baru ini serta tidak menghalang sekiranya agensi berkaitan untuk melakukan siasatan lanjut terhadap kementerian berkenaan.
“Saya tidak akan berkompromi dengan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Foto: Scoop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Steven juga berkata, KESUMA sudah pun memulakan proses rekayasa (reengineering) merentasi seluruh kementerian bagi memastikan tatakelola baik dan proses yang cekap dalam tempoh enam bulan ini di seluruh kementerian serta agensi di bawahnya.

“Matlamat saya adalah memastikan KESUMA mencapai tahap tatakelola dan tadbir urus korporat yang tertinggi.
“Rekayasa KESUMA di peringkat HRD CORP sudah dilaksanakan untuk memastikan isu yang dibangkitkan dalam laporan-laporan JAN dan PAC tidak akan berulang,” jelasnya.

Foto: Suara Merdeka

Terdahulu, PAC mendapati Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan pembangunan sistem ePPAX dan FWCMS, iaitu dua sistem sama berkonsepkan ‘single window’ yang menyebabkan berlakunya pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.

PAC juga mengesan kelemahan lain dalam pengurusan kawalan dokumen pengenalan (ID) dalam sistem FWCMS, yang mana terdapat dua ID bukan dalam kalangan pegawai KESUMA dikesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd