Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bintang Muda Selangor FC Sertai Kelab Jepun, FC Osaka Secara Pinjaman

Bintang muda Selangor FC (SFC), Muhammad Abu Khalil sah menyertai kelab Jepun, FC Osaka secara pinjaman dalam Liga J3 bermula bulan ini selepas tamat menjalani sesi percubaan pada 24 Jun sehingga 2 Julai lalu.

Menerusi satu kenyataan, pemain berusia 19 tahun itu bersyukur dengan peluang yang diberikan kepadanya untuk mengembangkan lagi diri dalam karier bola sepak dengan sistem yang FC Osaka bawa.

Foto: Selangor FC

“Alhamdulillah, siapa sangka rezeki saya untuk beraksi di luar negara. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kelab Selangor FC kerana membenarkan saya berkelana di Jepun bersama kelab FC Osaka secara pinjaman.
“Saya juga amat bersyukur kerana FC Osaka mempercayai akan kebolehan saya untuk menambahbaik kekuatan pasukan mereka dalam saingan Liga J3. Saya akan berikan yang terbaik untuk banggakan keluarga, Selangor FC dan Malaysia dengan harapan lebih banyak bakat tempatan dipandang oleh negara luar. InshaaAllah,” katanya.

Foto: Selangor FC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, FC Osaka pula menyatakan pihaknya menaruh harapan kepada kemampuan Muhammad terutamanya dalam bahagian serangan selepas beliau berjaya menjaringkan beberapa gol semasa sesi percubaan.

“Gerakan serangan Muhammad adalah yang terbaik dalam pasukan sepanjang beliau bersama mereka. Selaras dengan misi mereka untuk menaikkan nama ‘Osaka’, mereka dengan berbesar hati menawarkan Muhammad kedudukan dalam skuad FC Osaka secara pinjaman,” ujarnya.

Foto: seeklogo.com

Untuk makluman, Muhammad merupakan antara pemain muda yang telah beraksi dalam 18 perlawanan Piala MFL pada musim lalu sebagai pemain kesebelasan utama sekaligus berjaya membuat penampilan pertamanya dalam saingan Liga Super Malaysia bersama skuad utama Gergasi Merah dalam tahun yang sama.

Beliau juga telah mendapat panggilan kebangsaan bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia untuk dua perlawanan menentang Uzbekistan dan Vietnam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Laman Web Selangor FC

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerajaan akan menbuat pengumuman khas kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam yang akan dibuat pada Jumaat, 16 Ogos depan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan...

Lokal

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak bagi proses pengebumian pada hari ini....

Sosial

Tular di media sosial sepasang suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia dan membusuk di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa...

Sosial

Bapa kepada salah seorang mangsa yang lemas Air Terjun Jami, Maros, Sulawesi Selatan pada Jumaat tahan tangis selepas menerima berita anak perempuannya lemas. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd