Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Selepas Keluar Rumah Beli Ubat

Seorang wanita ditemui mati selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Menurut satu laporan The Star, ketua polis tempatan Idul melaporkan suami mangsa Adiansa memaklumkan isterinya Siriati hilang selepas keluar rumah untuk membeli ubat untuk anaknya yang sakit pada pagi Selasa.

Foto: Harian Metro

Adiansa meminta ahli keluarga untuk bersama-sama mencari isterinya sebelum menemui selipar dan seluar mangsa di atas tanah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka di kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak lama selepas itu, dia ternampak seekor ular, kira-kira 10 meter dari laluan itu,” kata ketua polis tempatan Idul.

Idul juga berkata, Adiansa yang curiga melihat perut ular sawa itu “sangat besar” kemudiannya memanggil penduduk kampung untuk membantu memotong perut ular berkenaan dan menemui mayat Siriati.

Foto hiasan: Manila Standard

Untuk makluman, kematian akibat ditelan ular sawa merupakan insiden yang sering berlaku di Wilayah Sulawesi Indonesia, antaranya adalah seorang wanita ditemui mati di dalam perut ular sawa di daerah lain bahagian di Sulawesi Selatan pada bulan lalu.

Pada tahun lalu pula, penduduk di wilayah tersebut membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter, yang ditemui mencekik dan memakan salah seorang petani di sebuah kampung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd