Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Perhimpunan Agama Bertukar Tragedi, 116 Maut Dilapor Maut Akibat Rempuhan

Kerajaan India melaporkan sekurang-kurangnya 116 orang meninggal dunia dalam tragedi rempuhan semasa menghadiri satu perhimpunan majlis agama Hindu di utara India semalam.

Menurut satu laporan Kosmo! Online, Pesuruhjaya Polis Bandar Aligarh di negeri Uttar Pradesh, Chaitra V berkata, ramai orang di kawasan tersebut berkumpul untuk mendengar ucapan seorang agamawan popular di bandar Hathras namun ketika mereka mahu beredar, tiba-tiba sahaja berlaku ribut debu yang mencetuskan situasi panik.

Foto: Kosmo! Online

“Pengunjung sedang meninggalkan tempat syarahan apabila ribut debu menyukarkan penglihatan mereka dan menyebabkan tragedi ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata, ramai mangsa mati akibat tertindih atau dipijak dalam situasi huru-hara yang berlaku tersebut dipercayai selepas jatuh bertindan dengan sebilangan rebah ke dalam sebuah longkang tepi jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami memberi tumpuan bagi menyediakan bantuan dan rawatan kepada mangsa,” tambahnya.

Foto: Taiwan News

Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Shalabh Mathur pula berkata, terdapat lebih ramai pengunjung dilaporkan hadir ke majlis agamawan itu berbanding dengan bilangan sepatutnya seperti yang dinyatakan di dalam permit.

Untuk makluman, angka korban yang dilaporkan meninggal adalah seramai 116 orang, yanag mana sebahagian besar mangsa ialah wanita manakala sekurang-kurangnya 18 orang yang lain pula cedera parah.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd