Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sangkal Dakwaan Tiada Duit, Jay Park Umum Buka Akaun OnlyFans

Penyanyi rap Jay Park jelaskan dia buka akaun OnlyFans bukan kerana mahu mendapatkan bayaran, namun kerana mahu mempromosikan lagu baharunya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jay Park atau nama sebenarnya Park Jae Beom telah memuat naik beberapa foto dengan kapsyen pengumuman itu.

Jay Park umum buka akaun OnlyFans

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jay Park (λ°•μž¬λ²”) πŸ‡°πŸ‡· (@moresojuplease)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jom langgan akaun OnlyFans saya, McNasty bermula 30 Jun ini,” tulisnya.

Artikel lain: Baru Dua Hari Cipta Akaun TikTok, Pengikut Jennie Blackpink Sudah Cecah Hampir Enam Juta

Menjengah ruangan komen perkongsian itu, ia disambut dengan pelbagai reaksi daripada peminatnya dan ramai yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau tidak.

Apa?!?

Jay Park Umum Buka Akaun OnlyFans

Tak mungkin ni betul

Jay Park Umum Buka Akaun OnlyFans

Bagaimanapun, lebih ramai yang teruja dengan pengumuman tersebut dan berkata mereka bakal melakukan langganan bagi akaun OnlyFans Jay Park.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Percuma ke?

Jay Park Umum Buka Akaun OnlyFans

Saya tahu kita semua akan langgan

Jay Park Umum Buka Akaun OnlyFans

Namun begitu, menerusi satu hantaran di X, Jay Park menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia kekurangan wang sehingga dia perlu membuka akaun OnlyFans.

Penyanyi berusia 37 tahun itu juga menjelaskan akaun OnlyFans miliknya tidak berbayar dan orang ramai boleh melanggan secara percuma.

Sekadar info, OnlyFans merupakan perkhidmatan langganan yang terkenal kandungan dewasa dan penggunanya perlu membayar untuk menonton konten di aplikasi itu.

Sumber: X, Instagram Jay Park

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa β€” Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta Β© 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd