Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Mirip Lisa Blackpink, Penjual Ayam Goreng Mahu Sertai Industri Hiburan Jika Ada Peluang

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang gadis yang dikatakan mirip dengan salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa.

Menerusi satu hantaran di TikTok, @kingstreetfood5 telah memuat naik video memaparkan gadis tersebut sedang menjual makanan jalanan atau street food.

@kingstreetfood5

หน้าคล้าย LISA ใครว่าเหมือนกด 1 | KiNG Street Food | คิงสตรีทฟู้ด | ตลาดนัดวัดไผ่เงิน กรุงเทพ#tiktokพากิน #kingstreetfood #คิงสตรีทฟู๊ด #streetfood #streetfoodthailand #อาหารสตรีทฟู๊ด #thaistreetfood

♬ เสียงต้นฉบับ – KiNG Street Food All Sell – KiNG Street Food All Sell

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gadis yang bernama Kulthida atau lebih dikenali sebagai Yeehwa itu juga mempunyai gaya rambut yang hampir sama dengan Lisa membuatkan dia semakin mirip dengan artis K-Pop itu.

Disebabkan wajahnya yang mirip itu, Yeehwa menjadi tular di media sosial disamping ramai netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Sementara itu, menurut laporan media tempatan gadis itu berusia 17 tahun dan masih belajar di Sekolah Taphanhin sebagai pelajar Matthayom 5.

Menurut ibu kepada gadis itu, Yeehwa telah membantunya menjual ayam goreng di pasar semasa cuti persekolahan yang lalu dan ramai yang berkata wajah Yeehwa mirip seperti Lisa  Blacpink sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, walaupun malu dengan perhatian itu, Yeehwa menyatakan dia gembira dan teruja apabila disamakan dengan selebriti terkenal itu.

“Saya gembira dikenali di media sosial dan saya terbuka untuk menyertai industri hiburan sekiranya diberikan peluang,” kata Yeehwa.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan berkata wajah Yeehwa tidak mirip dengan Lisa Blackpink.

Sumber: TikTok @kingstreetfood5, Bangkok Post, Instagram orangenewshk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd