Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MPN Respon Laporan Ketua Audit Negara, Nafi Salah Guna Dana

Majlis Profesor Negara (MPN) nafi pihaknya salah guna dana  daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara.

MPN menjelaskan kerajaan telah membubarkan agensi itu secara serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya dari naungan kerajaan.

MPN nafi salah guna dana kerajaan

MPN Nafi Salah Guna Dana

Foto: Foursquare

“Mulai tarikh pembubaran itu, MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak bebas sebagai sebuah entiti bebas.
“Sepanjang tempoh itu, pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu, ” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, MPN turut memaklumkan agensi itu diterima semula untuk beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Penyelewengan Diesel Menurun 87 Peratus Selepas Penyasaran Subsidi – KPDN

Sebelum ini, Jabatan Ketua Audit menerusi laporan terbaru pada Khamis yang menumpukan audit untuk aktiviti dari 2019 hingga 2023 mendapati MPN menyalahgunakan pembiayaan kewangannya.

Antaranya ialah membayar elaun besar sebanyak RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tanpa kelulusan daripada menteri.

Selain itu, juruaudit turut mendapati sebanyak RM373,516 dana MPN digunakan untuk membayar operasi dua syaarikat milik ahli lembaga pemegang amanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pada laporan sama, Ketua Audit Negara mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji semula MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan.

“Status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan samada ada penyaluran peruntukan geran kepada MPN wajar diteruskan (atau tidak),” kata laporan itu.

Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara juga menggesa JPM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan MPN.

Sumber: Facebook Majlis Profesor Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd