Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lisa BLACKPINK Kembali Dengan Lagu Solo ‘Rockstar’

Anggota kumpulan popular Korea Selatan BLACKPINK, Lalisa Manobal atau lebih dikenali sebagai LISA melancarkan satu lagi single baharunya ‘Rockstar’ yang dikeluarkan di bawah perkongsian baharu antara RCA Records dan syarikat pengurusan LLOUD Co.

Menerusi muzik videonya di YouTube, jumlah tontonan mencatatkan sebanyak 16 juta dalam tempoh sembilan jam selepas lagu dan video itu mula dilancarkan melalui platform berkenaan.

Foto: IG @lalalalisa_m

Selebriti berusia 27 tahun itu melakukan penggambaran di negara asalnya, Thailand dimana menunjukkan beberapa kawasan di jalan-jalan sekitar Bangkok bagi menjayakan penghasilan video klip berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagu itu ditulis LISA sendiri bersama penulis lain termasuk Brittany Amaradio, James Essien, Lucy Healey, Ryan Tedder dan Sam Homaee yang kemudian diterbitkan oleh Tedder dan Homaee.

LISA secara rasmi mengumumkan tentang single terbaharunya tersebut di beberapa platform media sosial bermula pada minggu lepas.

Dia juga dilaporkan sebagai pemegang Guinness Rekod Dunia kerana memperoleh sejuta pengikut dalam tempoh masa hanya dua jam apabila baru sahaja mencipta akaun Tiktok miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG @lalalalisa_m

Untuk makluman, LISA mencipta sejarah melalui penampilan solo pertamanya dengan dua lagu dalam album single miliknya, iaitu “Lalisa” yang dikeluarkan melalui YG Entertainment dan Interscope Records.

Manakala “Money” juga berjaya memenangi K-pop terbaik di kedua-dua Anugerah Muzik Video MTV dan Anugerah Muzik Eropah MTV pada 2022 sekali gus menjadikannya artis solo K-pop pertama yang memenangi kedua-dua anugerah dalam rancangan itu.

Sumber: YouTube LLOUD Official

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd