Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPN Pupuk Semangat Patriotik Belia, 50 Pelajar IPT Terpilih Sertai GSCV Ke Vietnam 2024

Seramai 50 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) telah terpilih untuk menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSCV) ke Vietnam 2024 sekali gus memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) agar Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dapat memberikan khidmat sokongan kepada pembangunan sukarelawan siswa di peringkat IPT melalui program kokurikulum berkredit.

“Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap agar Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) diangkat menjadi peneraju dan focal point utama dalam aspek kesukarelawan belia di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Difahamkan, seramai 1,040 mahasiswa daripada pelbagai IPT telah menghadiri sesi temuduga pada bulan Mac lalu dan pelajar terpilih dijangka berlepas ke Vietnam untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dari 4 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

“Misi ini adalah untuk membangunkan belia-belia kita. Memang kita tak dapat bawa semua, tapi jumlah kecil yang kita pilih ini dapat berikan mereka pendedahan untuk melihat kehidupan masyarakat di negara luar.
“Program ini merupakan pembangunan yang sangat baik terutama buat pelajar yang tidak pernah keluar dari bandar-bandar besar,” ujarnya.

Aaron berkata demikian ketika sesi sidang media di majlis perasmian Flag Off Misi yang bertempat di bangunan Kementerian Perpaduan Negara, Putrajaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau berkata, antara aktiviti yang bakal dijalankan oleh pelajar terbabit adalah projek membina rumah persahabatan, menaik taraf jalan, baik pulih taman permainan, membuat landskap di kawasan komuniti, penyediaan kawasan pembuangan sampah dan aktiviti menanam pokok.

Penyertaan dan penglibatan secara langsung dalam aktiviti yang bertunjangkan kesukarelawan mampu melahirkan para belia yang bersemangat patriotik dan muhibbah yang tinggi selari dengan tema baharu bagi Misi Sukarelawan Siswa anjuran YSS iaitu Kesukarelawanan Tunjang Perpaduan.

GSCV telah dianjurkan sejak tahun 1994 dan melibatkan penyertaan lebih 100,000 belia setiap tahun untuk menyertai program yang berteraskan kesukarelawanan dan komuniti selama sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd