Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Impak Subsidi Diesel Bersasar Kepada Ekonomi Masih Terlalu Awal Untuk Dilihat

Pelbagai reaksi diterima dari pelbagai pihak mengenai keputusan Kerajaan dalam menukar pelan subsidi diesel kepada sasaran pengguna yang layak. Ada pihak mengatakan perkara ini boleh menyebabkan kenaikan harga barang keperluan seperti komoditi di masa hadapan. Ada juga yang memberikan reaksi positif dengan memberi jangkaan pertambahan kemasukan pelaburan asing kerana penyasaran subsidi ini membuktikan komitmen negara dalam usaha membaik pulih keadaan ekonomi negara.

Impak subsidi diesel bersasar kepada ekonomi

Namun perkara ini masih baru dan kesan kepada ekonomi negara masih lagi tidak dapat dilihat secara tepat. Pandangan dari sudut kitaran kewangan ekonomi sesebuah negara, faktor kenaikan ekonomi terhasil dari rantaian perbelanjaan dan pendapatan pengguna. Peningkatan transaksi perbelanjaan dan pendapatan ini pula bergantung kepada faktor persekitaran ekonomi termasuk kadar cukai, faedah simpanan, keadaan permintaan dan kesediaan pasaran, dan ketersediaan pakej rangsangan perbelanjaan.

subsidi diesel

Secara am, kadar perbelanjaan penduduk dalam negara bergantung kepada ketersediaan pendapatan boleh guna (disposable income) iaitu baki pendapatan setelah ditolak segala pembayaran hutang, simpanan, dan pelaburan. Terdapat beberapa kesan penting perlu diperhatikan dengan tindakan subsidi diesel bersasar. Antaranya bagaimana perubahan kitaran rantaian bekalan perniagaan berkaitan dapat menjamin kos pembuatan serta perkhidmatan di kekalkan atau boleh dikurangkan. Jika penyasaran subsidi tersebut adalah tepat pada keperluan rantaian bekalan ini, maka sudah tentu pengurangan kos boleh terjana. Walaubagaimanapun, jika penyasaran subsidi tersebut lemah dari segi sasaran kepada keperluan tertentu, kadar kos dalam rantaian pemasaran boleh menyebabkan kenaikan harga yang perlu ditanggung oleh pengguna.

Artikel lain: Jualan Diesel Di Sempadan Menurun 40 Peratus – Amir Hamzah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya terdapat kenaikan kos di mana-mana rantaian bekalan perniagaan, harga barang atau perkhidmatan akan terkesan kepada rantaian akhir iaitu pada harga jualan kepada pengguna. Merujuk kembali kepada kitaran ekonomi dan faktor perbelanjaan pengguna, kenaikan harga akan menyebabkan pengurangan kuasa membeli secara langsung menurunkan kadar kitaran ekonomi negara. Dalam rantaian bekalan perniagaan, terutama proses yang menggunakan diesel seperti pengangkutan dan penjanaan tenaga dikhuatiri terkesan dengan kenaikan kos pembuatan atau perkhidmatan mereka. Walaupun masih awal untuk diberikan kesimpulan kesan sebenar, jangkaan ini masih perlu diperhatikan secara lebih terperinci supaya sasaran subsidi diesel ini mampu mengelakkan kenaikan sebarang kos perniagaan.

Ditulis oleh Dr. Safiah Omar

Penulis merupakan pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di [email protected]

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd