Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Larian Solo Sejauh 200KM Berjaya, Syed Saddiq Tiba Di Parlimen Pagi Ini

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan telah menamatkan larian solo sejauh 200 kilometer (KM) di luar bangunan Parlimen dan disambut oleh penyokong MUDA serta ahli parlimen pembangkang sekitar jam 9.30 pagi hari ini.

Menurut satu laporan Malaysiakini, Syed Saddiq berkata, inisiatif ‘Langkah Muar’ tersebut diharap dapat membuka mata semua pihak berhubung isu diskriminasi peruntukan ahli parlimen pembangkang sekali gus sebagai tanda protes terhadap kerajaan mengenai isu berkenaan yang bermula pada Jumaat lalu.

Foto: Malaysiakini

“Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.
“Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama,” katanya.

Beliau juga berkata, larian tiga harinya itu berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 daripada lebih 2,000 rakyat Malaysia yang menderma menerusi sumbangan dalam talian dan diterimanya secara tunai sewaktu sedang berlari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysiakini

“Bukan sekadar sumbang dalam talian kerana sambil saya berlari, ramai berhenti bagi RM20, RM50, RM100, bakkan ada yang beri RM1. Amat luar biasa sekali kerana mereka tak pernah jumpa saya secara fizikal.
“Ada juga tak pernah jejak kaki di Muar pun ada tapi saya lihat mereka in ada aspirasi yang sama, bukan sekadar (tertumpu) di Muar tapi Malaysia secara keseluruhannya.
“Apa adalah (demi) rakyat Malaysia (selaku) pembayar cukai tetap. Mereka kena dapat keadilan dan janganlah hukuman mereka kerana warna politik,” jelas beliau lagi.

Foto: Malaysiakini

Turut menyertai larian berkenaan ialah ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan beberapa pemimpin BERSATU yang lain yang dilihat ikut berlari pada larian lima km terakhir.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian...

Spotlight

Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga...

Lokal

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat...

Lokal

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd