Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Insiden Pemain Pemuda China Meninggal Dunia, BWF Semak Semula Protokol Kecemasan

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meneliti semula protokol kecemasan selepas insiden membabitkan pemain muda perseorangan lelaki dari China, Zhang Zhi Jie yang telah rebah di dalam gelanggang sebelum meninggal dunia ketika Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan, BWF menyatakan bahawa pihaknya telah meneliti semula insiden terbabit dengan terperinci sekali gus bakal mempertimbangkan sama ada terdapat garis panduan yang perlu diubah.

Dalam pada menunggu laporan rasmi daripada Badminton Asia dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan berhubung penilaian sekiranya prosedur perubatan yang betul telah dijalankan untuk membantu Zhi Jie, BWF menyifatkan kematian terbabit sebagai satu tragedi.

Difahamkan, terdapat satu garis panduan perubatan dan arahan umum perlu diikuti oleh organisasi sukan tersebut di peringkat serantau atau kebangsaan yang menganjurkan kejohanan dibenarkan BWF meskipun ia di bawah bidang kuasa Badminton Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Badminton Asia

Berdasarkan garis panduan berkenaan, doktor kejohanan di bawah arahan pengadil bertanggungjawab menguruskan hal kecemasan dalam gelanggang termasuklah kebarangkalian kes serangan jantung sehingga perkhidmatan perubatan sewajarnya seperti ketibaan ambulans.

“Bagaimanapun, terpulang kepada setiap badan pentadbiran terlibat untuk memutuskan cara ia melaksanakan protokol dan amalan perubatan di tempat kejohanan. Apabila melaksanakan garis panduan ini, ditekankan bahawa semua petugas perlu bersedia sepanjang masa untuk bertindak balas terhadap keperluan intervensi perubatan termasuk kecemasan secepat yang mungkin.
“Semakan sedia ada yang dimulakan awal tahun ini untuk menilai dasar dan prosedur BWF mengenai intervensi kecemasan oleh doktor kejohanan bagi memastikan penjagaan paling sesuai dan tepat pada masanya, akan memasukkan sekali hasil penilaian BWF dan laporan Badminton Asia,” kata BWF pada Selasa.

Susulan itu, BWF turut mengucapkan takziah kepada mendiang Zhi Jie, keluarganya, Persatuan Badminton China serta seluruh komuniti badminton negara ekoran insiden terbabit.

Foto: AFP

Sekadar info, Zhi Jie telah disahkan meninggal dunia selepas rebah di gelanggang ketika menentang pemain dari Jepun, Kazuma dalam perlawanan peringkat kumpulan di Among Rogo Sport Arena.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook BWF

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd