Tiada arahan daripada kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia ambil suntikan dos penggalak vaksin seperti yang tular di media sosial baru-baru ini susulan peningkatan kes COVID-19.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) hanya mengalakkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19, terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.
Tiada arahan mewajibkan ambil suntikan dos penggalak
Foto: Astro Awani
“Ini sedikit salah faham yang berlaku akibat media sosial. Sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar. Kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan agak berbeza dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu,” katanya.
Artikel lain: Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Dituduh Ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangai Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan agensi berita Xinhua.
Foto: Sinar Harian
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarang Bernama yang juga menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai.
Dalam pada itu, Fahmi juga berkata beliau akan bertemu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi memudahkan KKM berjumpa dengan ketua pengarang akhbar dan media.
Pertemuan itu akan membantu pihak KKM untuk memberikan penjelasan dengan lanjut berkenaan isu berkaitan dos penggalak.
Sumber: Bernama