Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Permohonan Najib Jalani Tahanan Di Rumah Ditolak Mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan undang-undang ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memohon untuk menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah selepas kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Foto: Malaysiakini

Menerusi satu laporan Malaysiakini, Hakim Amarjeet Singh memutuskan semua afidavit, iaitu dari Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail yang mendakwa kewujudan titah addendum berkenaan hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya dapati kedua-dua afidavit adalah, pada tahap tertinggi, khabar angin tulen,” katanya hari ini.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kedua-dua afidavit tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan Lembaga Pengampunan sebaliknya hanya memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz yang dikatakan mendakwa kewujudan titah addendum itu.

Sementara itu, Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah pula kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sedang mempertimbangkan untuk memfailkan tindakan undang-undang berasingan berhubung dakwaan titah tambahan diraja tersebut, iaitu dalam bentuk writ saman di mahkamah sivil.

Foto: Malaysiakini

Untuk makluman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib memasukkan dua afidavit tambahan dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya dirinya menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah, pada 5 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd