Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zayn Rayyan: Pegawai, Anggota Sebar Siasatan Dalaman Boleh Dihukum – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi peringatan kepada semua anggota dan pegawai agensi di bawahnya agar tidak menyebarkan maklumat berkaitan dengan siasatan dalaman kepada umum.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, hukuman boleh dikenakan ke atas anggota atau pegawai yang terbabit sekiranya dikesan menyebarkan laporan tentang siasatan dalaman mengikut undang-undang sedia ada.

Foto: Berita Harian

“Apa juga kesalahan dilakukan (oleh pegawai dan anggota penguat kuasa) tentulah tindakan akan diambil berasaskan kepada peraturan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-52 peringkat Kebangsaan 2024 di Padang Kawad Akademi RELA Malaysia (ALARM) di Sungai Udang, Alor Gajah hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shamsul turut mengingatkan kepadaa orang ramai supaya sentiasa merujuk saluran tepat untuk menentusahkan sebarang maklumat yang diterima.

“Penting juga kepada rakyat, apa-apa isu diterima, rujuklah kepada saluran maklumat yang tepat… itu lebih baik,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan melaporkan satu laporan polis telah dibuat terhadap pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya susulan penyebaran foto terbabit pada Ahad lalu.

Foto: newswav.com

“Laporan dibuat bersabit penyebaran dokumen siasatan yang akan digunakan dalam perbicaraan di mahkamah menerusi aplikasi Telegram,” katanya.

Untuk makluman, tular berkaitan isu penyebaran beberapa foto yang dikatakan sebahagian daripada rekod siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di platform media sosial sejak minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd