Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki 60 Tahun Didakwa Dalang Sindiket Bahan Terlarang, Rampasan Cecah RM16.4 Juta

Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60 tahun dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemprosesan dadah serta katrij vape berjaya ditumpaskan menerusi tiga serbuan berasingan di daerah ini dan Johor Bahru, pada Isnin lalu.

Rampasan bernilai RM16.4 juta

Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, operasi berkenaan turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah, peralatan memproses serta katrij vape yang dianggarkan bernilai RM16.4 juta, sekali gus disifatkan sebagai rampasan terbesar di Johor setakat tahun ini.

Beliau memaklumkan, empat individu ditahan dalam operasi itu membabitkan dua lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berusia antara 27 hingga 60 tahun.

“Serbuan pertama melibatkan sebuah premis rumah kedai di Skudai yang dipercayai beroperasi sebagai makmal memproses dadah, manakala serbuan kedua juga melibatkan premis rumah kedai juga di Skudai yang dijadikan tempat memproses katrij vape mengandungi dadah.
“Sementara itu, serbuan ketiga melibatkan sebuah kediaman di Taman Mutiara Mas yang menyaksikan dalang berusia 60 tahun berjaya ditahan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, pada Jumaat.

Menurut Chuan Huat lagi, sindiket tersebut dipercayai telah aktif beroperasi sejak Januari lalu dengan menjadikan Johor sebagai pasaran utama pengedaran dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 5 Rakyat Malaysia Dicekup Dalam Operasi Khas Polis Thailand, 440kg Bahan Terlarang Dirampas

“Jumlah rampasan dadah melibatkan 94.76 liter cecair methamphetamine dan 14.61 kilogram bahan kimia jenis etomidate dengan nilai keseluruhan RM16.4 juta. Jika kekal dalam pasaran, ia boleh digunakan seramai 120,649 orang.
“Turut disita termasuklah tiga buah kenderaan, pelbagai peralatan menyimpan dan memproses dadah serta wang tunai tempatan dan luar negara.
“Urin mendapati dua suspek positif dadah, dengan dua orang turut memberitahu rekod jenayah lampau. Mereka semua direman selama tujuh hari sehingga 25 Mei depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd