Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rupiah Jatuh Ke Paras Terendah, Prabowo Kata Yang ‘Pening’ Golongan Usahawan

Presiden Prabowo Subianto mengakui kejatuhan nilai rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) lebih memberi kesan kepada golongan usahawan dan peniaga berbanding rakyat biasa di kawasan kampung.

Golongan pengusaha yang pening?

Memetik laporan daripada media tempatan, Suara.com, kenyataan itu dibuat ketika nilai rupiah mencecah sekitar 17,600 rupiah bagi setiap AS$1 sekali gus menjadi paras terendah dalam sejarah moden Indonesia.

“Yang pening itu golongan pengusaha,” kata Prabowo.

Sebelum ni kata penduduk desa tak guna Dolar

Sebelum ini, beliau turut menyatakan penduduk di kawasan kampung tidak menggunakan dolar dalam kehidupan harian mereka sekali gus cuba meredakan kebimbangan terhadap kejatuhan mata wang negara itu.

Walau bagaimana, kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat dan pakar ekonomi yang bimbang kesan kenaikan kos import serta inflasi terhadap harga barangan asas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pakar ekonomi, walaupun rakyat biasa tidak menggunakan dolar secara langsung, kejatuhan rupiah tetap memberi kesan kepada kos makanan, bahan mentah dan keperluan harian memandangkan banyak produk bergantung kepada import.

Nilai rupiah terus berada di bawah tekanan susulan kebimbangan pelabur terhadap kedudukan fiskal Indonesia serta ketidaktentuan ekonomi global.

Sumber: Suara.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd