Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

5 Rakyat Malaysia Dicekup Dalam Operasi Khas Polis Thailand, 440kg Bahan Terlarang Dirampas

Lima lagi rakyat Malaysia diberkas pihak berkuasa Thailand selepas 440 kilogram (kg) syabu bernilai lebih RM20 juta dirampas dalam satu operasi di Nakhon Pathom pada 14 Mei.

440KG syabu dirampas

Memetik laporan Berita Harian, jurucakap polis Thailand berkata, penahanan itu dilakukan menerusi operasi susulan selepas siasatan terhadap sindiket pengedaran dadah diperluaskan susulan penahanan seorang rakyat Malaysia pada 5 Mei lalu.

Dalam operasi terdahulu, pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 102kg syabu bernilai lebih RM5 juta yang disembunyikan di dalam ruang pembesar suara sebuah kereta.

“Pada 14 Mei, pihak berkuasa Thailand mengesan beberapa kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah itu selepas memasuki Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar sebelum bergerak ke wilayah Nakhon Pathom.
“Mereka mengekori kenderaan ke sebuah hotel di daerah Muang sebelum beberapa lagi kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia tiba, menjadikan keseluruhannya empat kenderaan yang sepadan dengan maklumat risikan pihak berkuasa.
“Polis kemudian menyerbu dan menahan lima warga Malaysia ketika mereka bersiap untuk meninggalkan hotel secara konvoi,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan 440kg syabu disorokkan di dalam keempat-empat kenderaan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: RM76.2 Juta Dirampas! Gudang Besi Buruk Rupanya Kilang Proses Dadah

Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa kini sedang mengesan aset yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.

“Mereka akan mengenal pasti anggota lain yang terbabit pengedaran dadah rentas sempadan serta rangkaian logistik mereka.
“Kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dadah transnasional Malaysia ini selaras dasar diperkenalkan kerajaan Thailand dan Polis Diraja Thailand dalam membanteras aktiviti haram serta jenayah rentas negara.
“Biro Kawalan Narkotik akan terus memperluaskan siasatan terhadap aliran kewangan dan kumpulan berkaitan, termasuk warga Thailand yang bertindak sebagai proksi bagi membantu sindiket pengedaran dadah itu, bagi melumpuhkan sepenuhnya rangkaian tersebut,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan lanjutan kerjasama jangka panjang bersama Astro, penyedia kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, sebagai Rakan Media Rasmi di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd