Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Masters Malaysia 2026: Pearly-Thinaah Terpaksa Tarik Diri, Fokus Pemulihan Kecederaan

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 yang bermula esok hingga 24 Mei di Unifi Arena, Bukit Jalil susulan kecederaan belakang berulang dialami Pearly.

Perkara itu disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi mereka.

“BAM mengesahkan Pearly Tan menarik diri daripada Masters Malaysia 2026 akibat kecederaan belakang berulang,” menurut kenyataan itu.

Penarikan diri tersebut sekali gus menyaksikan cabaran negara dalam acara beregu wanita kini dipikul oleh pasangan muda, termasuk pilihan ketujuh kejohanan Ong Xin Yee-Carmen Ting serta Chong Jie Yu-Vanessa Ng.

Xin Yee-Carmen dijadual membuka kempen menentang pasangan Taiwan, Hsieh Yi En-Teng Chun Hsun, manakala Jie Yu-Vanessa akan berdepan Chen Yan Fei-Liang Ching Sun dari Taiwan pada pusingan pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejohanan bertaraf Super 500 itu menawarkan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan USD500,000 (RM1.98 juta).

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, keadaan Pearly masih belum mengizinkan untuk kembali beraksi walaupun proses pemulihan menunjukkan perkembangan positif.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky, bagi mengelakkan risiko kecederaan berulang.

“Kami tidak mahu mengambil risiko yang besar memandangkan masih banyak kejohanan utama yang bakal beliau sertai selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan keputusan tersebut juga mengambil kira kepentingan jangka panjang pemain berkenaan.

“Kami memahami sentimen dan harapan tinggi untuk melihat mereka beraksi di gelanggang sendiri, namun keputusan ini dibuat demi memastikan proses pemulihan Pearly berada pada tahap terbaik,” katanya lagi.

Sementara itu, status penyertaan Pearly-Thinaah dalam Terbuka Singapura 2026 (26 hingga 31 Mei) dan Terbuka Indonesia 2026 (2 hingga 7 Jun) masih belum diputuskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penyertaan Pearly dan Thinaah pada Terbuka Singapura serta Terbuka Indonesia juga masih bergantung kepada keadaan dan tahap kecergasan semasa Pearly,” katanya.
Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd