Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru 42 Tahun Didakwa Beri Gambar Lucah, Berdepan 5 Tuduhan Amang Seksual

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun, yang didakwa berlaku antara September 2025 hingga April tahun ini.

Beri gambar lucah

Memetik laporan Kosmo, tertuduh, Nurul Asyikin Sutan Shahril, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Asyikin Ab Rashid.

Berdasarkan tiga pertuduhan utama, Nurul Asyikin didakwa melakukan amang seksual berbentuk fizikal terhadap mangsa lelaki berusia 14 tahun 5 bulan ketika dia masih mempunyai hubungan amanah sebagai guru kelas kepada pelajar terbabit.

Perbuatan itu didakwa berlaku di bawah sepohon pokok di hadapan Taman Apartment Arowana, Seremban 2 serta di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, di sini, antara 12 September 2025 hingga 7 April 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] serta dibaca bersama Seksyen 16 akta sama. Dia turut didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan [Akta 574] bersama Seksyen 16 Akta 792.

Jika sabit kesalahan, hukuman boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 16, hukuman maksimum lima tahun penjara serta tidak kurang dua sebatan boleh dikenakan.

Artikel lain: Didakwa Terlibat Salah Laku Seksual, Dua Guru Dikeluarkan Dari Institusi KPM

Selain itu, tertuduh juga berdepan pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal apabila didakwa menghantar gambar alat sulit melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan seksual serta didakwa mendorong mangsa menghantar gambar sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Sumber: Kosmo (Nor Shafawati Yup)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan menjadi perhatian selepas didakwa menyiarkan semula perlawanan FIFA World Cup 2026 menerusi platform TikTok tanpa kebenaran daripada Radio Televisyen...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Lokal

Persatuan majikan menyatakan kesediaan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya dalam sektor 3D (kotor, berbahaya dan sukar) sekiranya kerajaan membenarkan mereka bekerja secara...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd