Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

1 Juta Tong Minyak Tiba! PETRONAS Jamin Bekalan Negara Kukuh Hingga Jun 2026

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari Basrah, Iraq.

Syarikat minyak dan gas nasional itu memaklumkan, penghantaran berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan kestabilan bekalan bahan api negara.

“Ocean Thunder membawa sebahagian daripada 38 peratus import minyak mentah negara yang melalui Selat Hormuz,” menurut Petronas dalam kemas kini di akaun Instagram rasminya.

Menurut syarikat itu, Malaysia memperoleh bekalan bahan api daripada pelbagai sumber menerusi rangkaian bekalan Petronas yang luas.

Jelasnya, keadaan itu membolehkan pihaknya mengesahkan bahawa bekalan bahan api di stesen seluruh negara mencukupi sehingga akhir Jun 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, satu juta tong minyak mentah dari Basrah berupaya menghasilkan kira-kira 159 juta liter produk petroleum, termasuk antara 62 juta hingga 64 juta liter diesel, 45 juta hingga 48 juta liter petrol, serta 22 juta hingga 24 juta liter bahan api penerbangan.

Artikel lain: PETRONAS Beri Jaminan, Bekalan Bahan Api Terjamin Hingga Akhir Jun 2026

Selain itu, ia turut merangkumi antara lima juta hingga enam juta liter gas petroleum cecair (LPG) serta produk lain dianggarkan antara 18 juta hingga 25 juta liter.

Berdasarkan data Wood Mackenzie (2025), Malaysia menggunakan purata kira-kira 112 juta liter bahan api sehari, terdiri daripada sekitar 34 juta liter diesel, 46 juta liter petrol, 12 juta liter bahan api penerbangan dan 20 juta liter LPG.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkembangan ini sekali gus memberi jaminan bahawa bekalan bahan api negara kekal mencukupi dalam tempoh terdekat.

Sumber: FB PETRONAS

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Sosial

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria menegaskan dia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan mana-mana pihak selepas menjadi mangsa serangan dua lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd