Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

GSF 2.0: Pecutan Akhir, Sembilan Jam Mendebarkan! 4 Rakyat Malaysia Dijangka Sampai G

Sebanyak 10 buah kapal dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 kini hanya berbaki kira-kira sembilan jam pelayaran sebelum dijangka tiba di perairan Gaza, sekiranya tidak dipintas atau diceroboh oleh rejim Zionis.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, detik tersebut merupakan fasa paling kritikal dan mendebarkan apabila flotila kini berada di Zon Merah 2.

“Ini sembilan jam yang sangat mendebarkan, sembilan jam pecutan akhir,” katanya pada sidang media khas SNCC di Sepang, hari ini.

Menurut beliau, semua aktivis yang terlibat kekal bersemangat walaupun berdepan risiko tinggi ketika menghampiri kawasan sasaran misi kemanusiaan itu.

“Aktivis Malaysia yang terlibat iaitu Hareez dan Chin di atas Kapal Alcyone ketika dihubungi oleh pihak SNCC memaklumkan bahawa mereka tidak patah hati, terus ke depan dan memohon doa dari orang ramai untuk keselamatan mereka sekali gus membuktikan bahawa dunia sedang bangkit,” katanya.

Dalam misi tersebut, empat rakyat Malaysia masih berada di atas kapal masing-masing iaitu Hareez dan Chin di Kapal Alcyone, Syed Amirul di kapal Don Juan serta Noor Thanisah di kapal Zefiro.

Sementara itu, SNCC memaklumkan bahawa sehingga jam 3 petang waktu tempatan, sebanyak 40 kapal flotila melibatkan hampir 350 aktivis kemanusiaan telah dipintas dan diceroboh oleh rejim Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak SNCC turut menerima laporan visual yang mengesahkan kesemua aktivis terbabit telah diculik keluar dari kapal masing-masing secara paksa sebelum dipindahkan ke empat kapal tentera milik rejim berkenaan,” katanya.

Artikel lain: GSF 2.0: SNCC Sahkan 8 Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Negara Haram

Bagaimanapun, SNCC menjelaskan pihaknya masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status kesemua aktivis yang ditahan termasuk lokasi dan destinasi pemindahan mereka selepas insiden pintasan berlaku.

Misi kemanusiaan itu kini terus menjadi perhatian dunia apabila fasa akhir pelayaran dianggap paling genting dengan risiko pintasan masih tinggi di zon berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd