Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pendaki Malaysia Mohd Khafiz Cipta Sejarah Baharu! Tawan Gunung Everest

Pendaki negara, Mohd Khafiz Bachok mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjejakkan kaki ke puncak Mount Everest pada jam 2.25 pagi waktu Nepal, hari ini, sekali gus menempatkan dirinya dalam kalangan pendaki elit Malaysia yang berjaya menawan gunung tertinggi dunia itu.

Menurut hantaran Facebook oleh penganjur ekspedisi, AltiPro Adventures, Mohd Khafiz berjaya mencapai puncak setinggi 8,848.86 meter itu bersama pendaki Mongolia, Munkhuu Myagmar serta pemandu Sherpa, Mingma Dorchi Sherpa dan Karma Gyalje Sherpa.

Satu lagi kumpulan pendaki terdiri daripada pendaki Australia, Jennifer Claire Willis serta pendaki Nepal, Phunjo Jangmu Lama, Mingma Nurbu Sherpa dan Pastenji Sherpa turut tiba di puncak kira-kira 10 minit kemudian.

Sebelum ini, Mohd Khafiz sudah membuktikan ketahanan luar biasa apabila berjaya menawan Gunung K2 (8,611m) di Pakistan serta Gunung Manaslu (8,163m) di Nepal, sekali gus mengukuhkan reputasinya dalam dunia pendakian altitud tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

AltiPro Adventures menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian bersejarah buat syarikat berkenaan kerana ia menandakan musim ekspedisi Everest pertama mereka berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

“Dengan rasa bangga dan penuh kesyukuran, AltiPro Adventures meraikan satu pencapaian bersejarah. Kejayaan ini menandakan permulaan perjalanan kami dalam kepimpinan ekspedisi altitud tinggi, yang dibina atas komitmen, kerja berpasukan, keselamatan serta ketabahan yang tidak pernah luntur.
“Di salah satu persekitaran pendakian paling mencabar di dunia, para pendaki kami dan pasukan Sherpa telah menunjukkan ketahanan, kekuatan serta semangat ekspedisi yang luar biasa, sekali gus berjaya mencapai ‘bumbung dunia’ menerusi pendakian puncak yang selamat dan strategik,” menurut hantaran itu.

Syarikat berkenaan turut menegaskan bahawa kejayaan tersebut mencerminkan disiplin, semangat kerja berpasukan dan ketabahan tinggi semua pihak yang terlibat sepanjang ekspedisi di kawasan pergunungan Himalaya yang ekstrem.

Dalam masa sama, AltiPro Adventures memaklumkan semua pendaki kini sedang menumpukan perhatian untuk proses penurunan dengan selamat kembali ke Kem Induk Everest selepas berjaya menamatkan pendakian ke puncak dunia itu.

Sumber: FB AltiPro Adventures

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd