Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ngeri! Remaja Putus Kepala, Van Ditembusi Tiang JKR Nahas Di Losong

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, penumpang hadapan van, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 4.12 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI dan sebuah van Nissan Vanette.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan mendapati kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun itu sedang bergerak dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke Muzium Losong.
“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang JKR,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, kereta terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh van yang datang dari arah Taman Manir menuju ke Bandar Kuala Terengganu.

“Tiang JKR yang dilanggar turut terjatuh dan tertembus masuk ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, pemandu van berusia 49 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menaiki kereta mengalami kecederaan ringan.

Empat lagi penumpang kereta termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd