Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebuh Raya Bakal Sesak, PLUS Ramal 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Musim Cuti

PLUS Malaysia Berhad PLUS Malaysia Berhad menjangkakan aliran trafik di seluruh rangkaian lebuh raya, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), akan meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari sepanjang musim cuti pertengahan tahun persekolahan serta beberapa sambutan perayaan utama bermula esok hingga 7 Jun ini.

2.2 juta kenderaan sehari

Memetik laporan Berita Harian, kenaikan jumlah kenderaan itu dijangka susulan cuti berganda yang melibatkan Aidiladha, Wesak serta Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh yang sama.

Dalam kenyataan hari ini, PLUS memaklumkan LPT2 turut dijangka merekodkan sehingga 50,000 kenderaan sehari pada hari-hari kemuncak trafik.

Menurut kenyataan sama, aliran keluar dari Lembah Klang dijangka memuncak pada 22, 23, 26, 28, 29, 30 dan 31 Mei, manakala arus pulang ke ibu kota pula dijangka tertumpu antara 4 hingga 7 Jun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, selain menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS.

Bagi menghadapi peningkatan trafik tersebut, PLUS turut melaksanakan beberapa langkah kesiapsiagaan termasuk pengaktifan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan bagi menambah kapasiti lorong.

Selain itu, lebih 500 anggota PLUSRonda dan LPT2Ronda akan digerakkan untuk rondaan 24 jam, manakala operasi di plaza tol akan dioptimumkan dengan pembukaan semua lorong serta pemantauan masa nyata melalui Pusat Pemantauan Trafik (TMC).

Artikel lain: Lebih Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Sempena Hari Raya Korban

Advertisement. Scroll to continue reading.

PLUS turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.

Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi serta memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Sumber: Berita Harian (Farhana Nizam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd