Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dilantik Ketua Menteri Tamil Nadu, PN Sifatkan Kemenangan Vijay Bukti Rakyat Tolak Politik Diskriminasi

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan mencerminkan perubahan sentimen rakyat yang mahukan agenda reformasi serta menolak politik bersifat diskriminasi dan perpecahan.

Setiausaha Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kemenangan tersebut juga menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang menekankan keadilan sosial, keharmonian, pemerkasaan belia serta pemodenan negeri.

“Sebagai bekas pelakon yang lebih dikenali sebagai Thalapathy Vijay, beliau amat dikagumi di Malaysia khususnya dalam kalangan belia India atas pencapaian seni, imej kemanusiaan dan kepimpinan awamnya,” katanya.

Tambah beliau, kebangkitan politik Vijay turut mendapat perhatian ramai di Malaysia memandangkan hubungan sejarah, budaya dan bahasa yang telah lama terjalin antara Tamil Nadu dan masyarakat India di negara ini.

Artikel lain: Bintang Filem Ke Kancah Politik! Vijay Cipta Kejutan Tumbangkan Parti Pemerintah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan sama, Takiyuddin turut mengucapkan tahniah kepada Vijay atas kemenangan tersebut serta pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu selepas partinya memperoleh sokongan majoriti dalam pilihan raya berkenaan.

PN berharap kepimpinan baharu itu mampu membawa Tamil Nadu ke arah kemajuan, kestabilan dan kemakmuran yang lebih menyeluruh pada masa akan datang.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd