Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Impian Separuh Akhir Terkandas, Tan Jie-Ee Wei Tumpas Kepada Gandingan China

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan China, Gao Jia Xuan-Wei Ya Xin di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Tumpas kepada China

Memetik laporan Berita Harian, dalam aksi suku akhir yang menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pasangan itu, Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur tunduk 18-21, 16-21 dalam tempoh 44 minit.

Ee Wei mengakui mereka gagal mempamerkan prestasi sebenar walaupun turun dengan semangat tinggi dalam kejohanan pertama selepas berehat lebih sebulan.

“Saya rasa (selepas) rehat sebulan lebih, ini adalah kejohanan pertama dan kami sedang mencari balik momentum. Tetapi tidak ada alasan, kalah bermakna tetap kalah.
“Kami tidak keluarkan permainan kami dan saya rasa, 20 peratus pun tidak mencapai tahap permainan sebenar kami,” katanya.

Beregu negara sebenarnya memulakan perlawanan dengan baik apabila beberapa kali mendahului lawan sebelum momentum berubah selepas kedudukan terikat 15-15 pada set pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan China itu kemudian tampil lebih agresif untuk menutup set pertama dengan kemenangan 21-18.

Situasi hampir sama berulang dalam set kedua apabila Tang Jie-Ee Wei mendahului 7-4, namun lawan kembali menguasai permainan sebelum menoktahkan kemenangan 21-16.

Artikel lain: Kejayaan Sebenar? Bukan Lagi Podium, Tapi Lihat Keluarga Bahagia & Badminton Negara Berkembang – Lee Chong Wei

Dalam pada itu, Tang Jie mengakui pasangan China mempamerkan aksi lebih berkualiti selain serangan dirancang mereka gagal memberi impak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang mereka ada kualiti tetapi serangan yang kami atur tidak cukup agresif,” jelasnya.

Sumber: Kosmo (Mohd. Fitrie Muhamad)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd