Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

GSF 2.0: Negara Haram Mula Hantar Pulang Aktivis Kemanusiaan Selepas Ditahan

Israel dilaporkan memulakan proses penghantaran pulang semua aktivis kemanusiaan yang ditahan di atas kapal bantuan ke Semenanjung Gaza selepas mereka dibebaskan dari pusat tahanan Ktziot, awal pagi tadi.

Menurut laporan Al Jazeera, pergerakan keluar aktivis berkenaan dilakukan secara berperingkat sebaik sahaja proses dokumentasi pembebasan selesai.

Pertubuhan hak asasi undang-undang, Adalah mengesahkan pihaknya menerima makluman rasmi daripada Perkhidmatan Penjara Israel serta pihak berkuasa berkaitan bahawa semua ahli misi yang ditahan daripada pakatan Global Sumud Flotilla dan Freedom Flotilla Coalition telah dilepaskan untuk proses pengusiran keluar.

Menurut Adalah, sebahagian besar aktivis kini dipindahkan ke Lapangan Terbang Ramon bagi menaiki penerbangan keluar dari Israel, dengan pemantauan peguam bagi memastikan proses penghantaran pulang berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Misi bantuan laut berkenaan sebelum ini dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa awal minggu ini, sekali gus mencetuskan reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

Sumber: Al Jazeera

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd