Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jambatan Terpanjang Merentasi Sungai Di Malaysia Rasmi Dibuka

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak.

Jambatan terpanjang merentas sungai

Memetik laporan Harian Metro, Jambatan Batang Lupar No. 1 itu dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Projek berkenaan yang dilaksanakan di bawah Pakej D2B: Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jambatan Batang Lupar 1, Bahagian Samarahan/Betong, disifatkan sebagai antara projek infrastruktur paling ikonik di Sarawak.

Jambatan tersebut dibina sebagai laluan tunggal dua lorong dengan panjang keseluruhan 4.8 kilometer, mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R5.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia turut dilengkapi rentangan utama kabel sepanjang 598.8 meter, selain menyediakan kelegaan navigasi selebar 250 meter serta ketinggian 26 meter.

Kos keseluruhan pembinaan jambatan ini dianggarkan sebanyak RM848.7 juta, menghubungkan kawasan Sebuyau dan Triso.

Pembukaan jambatan itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat melalui sistem pengangkutan yang lebih selamat, pantas dan lancar di sepanjang koridor pesisir pantai.

Dalam ucapannya, Douglas berkata jambatan tersebut melambangkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh ketersambungan serta merangsang pertumbuhan sosioekonomi rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sarawak Sedia Tampung Bekalan, Eksport Khinzir Hidup Ke Selangor Ditingkatkan

Beliau menambah, penyiapan projek itu mampu mengurangkan masa perjalanan selain meningkatkan kecekapan logistik dan pengangkutan di kawasan terbabit.

Menurutnya, jambatan berkenaan juga membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi, pertanian dan pelancongan di antara Sebuyau, Triso serta kawasan sekitarnya.

Sumber: Harian Metro (Mohd Roji Kawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd