Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Kurung Remaja 14 Tahun Dipenjara 15 Bulan -“Saya Nak Pecah Rumah Dia”

Seorang lelaki yang tular selepas didakwa mengurung dan mencederakan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning minggu lalu dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat.

Mengaku salah atas 2 pertuduhan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, tertuduh, Mohamad Fadwan Abd Muaain, 42, yang bekerja sebagai pemungut hutang, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Bagi kesalahan mengurung mangsa, dia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan bermula Jumaat, manakala enam bulan lagi dikenakan bagi kesalahan mencederakan mangsa selepas selesai menjalani hukuman pertama.

Mohon dihukum seberat-beratnya

Semasa prosiding berlangsung, tertuduh mengaku dia mengurung mangsa bagi mendapatkan maklumat sebelum memecah masuk rumah keluarga remaja berkenaan untuk mencuri emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Majistret: Kenapa kamu kurung mangsa?
Mohamad Fadwan: Saya nak pecah rumah dia sebab nak ambil emas.
Majistret: Apa kaitannya dengan mangsa?
Mohamad Fadwan: Sebelum saya masuk rumah, saya kumpul maklumat daripada dia dulu.
Majistret: Ada tak kamu fikir trauma pada kanak-kanak itu?
Mohamad Fadwan: Ya
Majistret: Jadi kenapa kamu masih kurung dan cederakan dia? Kamu dah dewasa, boleh bezakan salah atau betul.
Mohamad Fadwan: Saya mohon hukuman seberat-seberatnya.

Mengaku salah lakukan amang seksual

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mengikat tangan dan kaki mangsa di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 32 antara jam 8.05 pagi hingga 11.50 pagi pada 11 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung mangsa, manakala pertuduhan mencederakan pula dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, tertuduh turut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama di lokasi dan tarikh serupa.

Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Rasyihah Ghazali kemudian menetapkan 8 Jun depan untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dipercayai diperdaya suspek yang menawarkan pakej internet telefon bimbit sebelum mengajak remaja itu membantu mengangkat barang di rumahnya.

Suspek yang dipercayai baru keluar penjara pada April tahun lalu dikatakan mempunyai rekod lampau.

Sumber: Sinar Harian (Nor azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd