Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PRK DUN Nenggiri: Penamaan Calon 3 Ogos, Tarikh Mengundi 17 Ogos

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 3 Ogos dan tarikh rasmi mengundi pada 17 Ogos ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan bahawa tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 3 Ogos 2024 sehingga pukul 11.59 malam, 16 Ogos 2024.

Foto: Kosmo! Online

Beliau berkata, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK Dewan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan dibuka bermula pada hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“SPR telah melantik seorang (1) Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh tiga (3) orang Penolong Pegawai Pengurus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pihak SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.

“Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang digunakan adalah di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang.
“Seramai 431 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK manakala, sebanyak 20 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 46 tempat mengundi/saluran dan sebuah pusat mengundi awal yang mengandungi satu (1) tempat mengundi/saluranawal akan digunakan,” ujarnya.

Keseluruhan pusat mengundi adalah sebanyak 21 buah dengan 47 tempat mengundi/saluran dengan peruntukan yang diperlukan berjumlah RM1.6 juta.

Difahamkan, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK kali ini adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 yang dikemaskini sehingga 18 Jun 2024.

Foto: Bernama

DPPR yang dijadualkan bermula pada 29 Julai ini mengandungi seramai 20,259 orang pemilih yang terdiri daripada 20,245 orang pengundi biasa dan 14 orang anggota polis.

“SPR turut menawarkan kepada mana-mana agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ataubadan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya dalam melihat perjalanan proses PRK ini bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.
“Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi,” jelasnya.

Sebarang maklumat lanjut dan borang permohonan untuk pemerhati boleh diperolehi menerusi portal SPR www.spr.gov.my mulai hari ini, dan tarikh tutup permohonan pada 18 Julai depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Lokal

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Anak Syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) melalui Yayasan AmanahRaya komited lestari alam menerusi beberapa projek. Menerusi kenyataan, AmanahRaya memaklumkan...

Lokal

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini menegaskan kesetiaan pekerja tidak boleh dibeli dengan wang, sebaliknya mampu jika seimbang dengan kesejahteraan mental. CEO...

Sukan

Kelab pasukan bola sepak, Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua tindakan selanjutnya yang akan diambil ekoran daripada denda RM100,000 serta potongan tiga mata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd