Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ewon Beri Sumbangan Segera RM20,000 Susulan Banjir Di Penampang

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick memberikan sumbangan segera berjumlah RM20,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) susulan kejadian banjir yang melanda di Penampang, Sabah bermula semalam.

Menurut satu laporan Berita Harian, Ewon berkata, sumbangan wang tunai itu bertujuan untuk membiayai operasi menyelamat mangsa banjir dan keperluan lain di pusat pemindahan sementara (PPS) selain memaklumkan sudah memberitahu mengenai insiden berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Foto: Harian Metro

“Selain itu, saya memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai ketidakhadiran saya ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pagi esok (pagi ini), akibat bencana berkenaan.
“Sepatutnya, saya mengambil penerbangan pada jam 5.20 pagi esok (pagi ini) ke Kuala Lumpur. Saya juga memaklumkan penangguhan taklimat agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan penggantian saya untuk temu bual dengan BERNAMA, malam esok (malam ini).
“Mari doakan operasi menyelamat dan memindah mangsa bencana ini dipermudahkan, juga untuk semua mengambil langkah berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ewon juga turut meninjau PPS Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang yang menempatkan sebuah keluarga yang terjejas akibat banjir seramai tiga orang buat setakat ini.

“Pegawai Daerah Penampang telah mengisytiharkan pembukaan pusat bencana ini pada jam 5.25 petang tadi susulan hujan lebat di Penampang sejak jam 1.30 tengah hari yang menyebabkan banjir besar di Penampang,” ujarnya.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Kadamaian itu juga berkata, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir dilakukan pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan dibantu oleh Kelab Pacuan Empat Roda.

“Bagaimanapun, operasi itu juga terkesan akibat arus kuat. Beberapa jalan utama Penampang tidak dapat dilalui dan bekalan elektrik juga terputus di beberapa kampung serta kawasan perumahan.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tanah runtuh di tiga kawasan juga menyebabkan laluan utama tidak dapat dilalui, termasuk Jalan Penampang-Tambunan,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, sebanyak 23 kampung di Penampang, Sabah dilanda banjir yang berpunca daripada hujan lebat sejak tengah hari semalam selain pertembungan air laut pasang dengan air sungai yang terjadi akibat paras air sungai melimpahi kawasan tebing.

Sumber: Berita Harian (Izwan Abdullah)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd