Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Matrikulasi: Ini Bukan Jual Maruah Melayu, Tapi Adil Dan Saksama – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan kerajaan menjamin pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 10A ke atas mendapat tempat di matrikulasi tanpa mengira kaum bukanlah tindakan ‘menjual maruah Melayu’, sebaliknya satu pendekatan yang adil.

Menurut satu laporan Astro Awani, Anwar juga turut menyeru kepada semua pihak untuk melihat para pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang tersebut sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan secara adil dan saksama.

Foto: Astro Awani

Artikel lain: Tawar Matrikulasi Untuk Semua 10A SPM Tidak Jejaskan Kuota Bumiputera – PM

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dua hari sudah saya umumkan berkenaan matrikulasi, dia kata kita jual maruah Melayu, apa yang saya umumkan, anak-anak kita Melayu, Cina, India, Dayak, Dusun, Murut, Bajau – ini semua anak-anak kita.
“Saya kalau jadi ketua ini semua anak-anak kita, kalau anak-anak kita yang catat keputusan cemerlang, ada di Bangsar, anak-anak India di estet, maka saya tanya Kementerian Pendidikan dan kementerian kata boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, peluang memasuki matrikulasi tersebut perlu diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang, dan bukan hanya kepada bumiputera yang miskin dan terpinggir sahaja supaya mobiliti sosial pelajar berkenaan dapat diangkat.

“Jadi kita kena beri ruang, supaya dia boleh terangkat, dan membolehkan mobiliti sosial dalam hidup dia diangkat, jadi kita ada kedua-duanya. Sementara kita bagi jaminan kepada yang cemerlang 10A, kita kena prihatin mereka yang paling miskin dan terpinggir termasuk kuota Bumiputera.

Foto: Media Sosial

“Pertimbangan itu adil, kalau kita fikirkan hanya Bumiputera saja, tapi anak india yang miskin di estet dapat 10A diketepikan itu tak jadi, kalau kita hanya fikirkan meritokrasi bukan fairness itu pun tak jadi,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Anwar mengumumkan bahawa semua lepasan SPM dengan keputusan cemerlang 10A ke atas akan ditawarkan peluang lanjutan pendidikan ke matrikulasi dengan jaminan kuota pelajar Bumiputera sedia ada untuk melanjutkan pengajian di peringkat tersebut tidak akan terganggu mengikut Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Azyyati Ahmad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd