Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tawar Matrikulasi Untuk Semua 10A SPM Tidak Jejaskan Kuota Bumiputera – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan menawarkan tempat ke matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum atau latar belakang tidak akan menjejaskan kuota Bumiputera.

Menurut satu laporan Free Malaysia Today, Anwar berkata, kuota kemasukan Bumiputera ke kolej matrikulasi menjadi bualan dan polemik kerana terdapat pihak yang mempertikaikan hak minoriti manakala pihak satu lagi pula mempersoalkan hak Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Foto: FMT

“Kita (Jemaah Menteri) ambil jalan yang kita anggap adil dan munasabah, kalau dia (pelajar) itu rakyat dan warga kita, kita harus pelihara tapi kita juga terima kenyataan mengenai meritokrasi, jadi tanpa mengira kaum dan wilayah, dapat 10A kita beri jaminan tempat di matrikulasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini akan mengurangkan ‘ketegangan’ yang dihadapi Kementerian Pendidikan hampir setiap tahun (apabila keputusan penempatan matrikulasi diumumkan).
“Keadaan itu boleh menghangatkan suasana politik yang kadangkala boleh membawa ketegangan kaum dan sosial,” ujarnya.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan kerajaan akan memberi jaminan kepada semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah untuk ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi yang bermula pada tahun ini.

Foto: cikgupress.com

Beliau  berkata, keputusan berkenaan telah dipersetujui dalam Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas dan tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera yang sedia ada.

Untuk makluman, Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara pada 1998, dan bermula pada sesi 2003/2004, sebanyak 10 peratus peluang telah dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Lynelle Tham)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd