Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baru Dua Hari Cipta Akaun TikTok, Pengikut Jennie Blackpink Sudah Cecah Hampir Enam Juta

Salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie mencipta akaun TikTok rasminya sehingga memiliki 5.8 juta pengikut sejak Rabu lalu, dengan menggunakan nama @jennierubyjane.

Penyanyi berusia 28 tahun itu telah memuat naik video pertamanya dengan kapsyen ‘Hai’ sambil mempamerkan beberapa gaya yang berbeza mengikut rentak muzik lagu sulungnya, Solo 2018.

Video yang turut memperlihatkan Jennie memakai baju jersi kelab bola sepak Jerman Hamburg itu menjadi tular dengan meraih lebih 40 juta tontonan dan sembilan juta tanda suka sejak dimuat naik dua hari lalu.

Dalam pada itu, penyanyi rap utama kumpulan tersebut turut berkongsi sebuah lagi video dimana dia dilihat memperagakan alat mendengar muzik sebuah jenama terkenal dan memperomosikannya di akaun berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG @jennierubyjane

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan kemunculan Jennie di TikTok selepas salah seorang ahli kumpulan berkenaan iaitu Lisa turut mencipta akaun di aplikasi itu pada awal bulan lalu.

Semua ahli Blackpink dah ada TikTok, Jisoo bila lagi ?

Tiba-tiba teringat memori masa jadi peminat tegar Blackpink

Akhirnya Jennie dah ada TikTok!

Sekadar info, salah seorang ahli kumpulan tersebut yang juga merupakan vokalis kumpulan, Rose dilaporkan telah menandatangani kontrak dengan syarikat diketuai oleh Teddy Park iaitu The Black Label.

Sumber: TikTok @jennierubyjane

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd