Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AmanahRaya Lestari Alam, Komited Imbangi Ekosistem Laut

AmanahRaya Lestari Alam

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Anak Syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) melalui Yayasan AmanahRaya komited lestari alam menerusi beberapa projek.

Menerusi kenyataan, AmanahRaya memaklumkan mereka telah melaksanakan satu lagi inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Pengerusi Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata, AmanahRaya dan ART sentiasa komited untuk memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti untuk memperkasa pemuliharaan ekosistem marin taman laut dan alam sekitar.

“Kami amat berharap usaha sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan supaya khazanah yang sangat berharga ini dapat dikekalkan.
“AmanahRaya dan ART menyokong penuh aktiviti pemuliharaan sebegini dan sedar mengenai keperluan untuk membiak semula terumbu karang,”katanya.

Beliau juga berharap agar inisiatif membiak semula terumbu karang dapat terus menjadi habitat kepada hidupan laut dan melindungi kawasan persisir pantai daripada hakisan selain mengimbagi ekosistem.

Pihaknya juga menaja sebanyak dua buah meja pembenihan yang mengandungi empat ratus benih terumbu karang yang diusahakan oleh Malaysia Tidal Garden Associaion (MTGA) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, program kali ini sebenarnya memberikan kelainan kepada lebih kurang enam puluh lima sukarelawan.

“Mereka diberi pendedahan yang meluas untuk menelusuri ilmu mengenai ‘Corak Farming’ yang melibatkan penjagaan dan pembiakan spesis terumbu karang menggunakan kaedah pembenihan ke atas dua jenis terumbu karang iaitu jenis ‘Acrophora Coral’ dan ‘Pocillapora Coral’.
“Jenis terumbu karang ini telah diwartakan kerajaan sebagai khazanah negara yang perlu dipelihara bagi mengelak kepupusannya,”ujarnya.

Selain itu, beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti pelepasan sebanyak seratus dua puluh ekor anak penyu dan pembersihan pantai.

Ia diadakan bagi memupuk kesedaran sukarelawan terhadap kepentingan memelihara ekosistem sumber marin dan alam sekitar.

Difahamkan, program ini juga telah mendapat sokongan daripada Ketua Balai Polis, Pulau Redang, Sub Inspektor Roslee Bin Yaacub bersama lebih lapan anggota sukarelawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Desak Batal Jual Saham Dalam MAHB, Lebih 8,000 Tandatangan Petisyen ‘Katakan Tidak Kepada BlackRock’

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd