Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

159,027 Calon Lepasan SPM Terima Tawaran IPTA & ILKA, Rayuan Dibuka Hingga 7 Julai

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan seramai 214,173 permohonan yang layak bagi calon lepasan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) berjaya terima tawaran melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline.

Seramai 159,027 calon (74.25%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian dan daripada jumlah itu, 83,667 calon telah ditawarkan ke Universiti Awam (UA).

159,027 calon lepasan SPM terima tawaran lanjutkan pengajian

Foto: Harian Metro

Manakala, seramai 43,531 calon ditawarkan di Politeknik, 26,474 Kolej Komuniti dan 5,355 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 16,593 dengan pecahan tawaran iaitu 15,082 bagi Kategori B40, 425 Orang kurang Upaya (OKU), 732 Atlet dan 354 Orang Asli.

Artikel lain: Operasi SAR: Usaha Cari Anggota TDM Yang Hilang Memasuki Hari Ke-10

Selain itu, seramai 31 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menerima tawaran menlanjutkan pelajaran.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara keseluruhannya, sebanyak 504 program pengajian ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 104 Sijil, 53 Asasi, 346 Diploma dan satu Ijazah Sarjana Muda.

Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Dalam pada itu, bagi calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian boleh melakukan rayuan di UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 28 Jun, jam 12.00 tengahari hingga 7 Julai ini, jam 5.00 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd