Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kongsi Saranan Nikah Di Bulan Syawal, Sanusi Nafi Berkahwin Dua

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan berkaitan dirinya yang dikatakan sudah bernikah kali kedua setelah memuat naik saranan berkahwin di bulan Syawal.

Foto: FB Sanusi

Memetik laporan New Straits Times, Sanusi berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk mengambil isteri kedua.

“Saya belum berkahwin lagi. Siapa tahu jika ada jodoh?,” katanya hari ini.

Walaupun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menyatakan bahawa beliau masih bersikap terbuka terhadap kemungkinan untuk berkahwin buat kali kedua pada masa hadapan.

“Jika ditakdirkan dengan seseorang dari Sik atau Alor Setar, apa salahnya?,” ujarnya sambil bergurau.

Sanusi melihat poligami sebagai suatu yang tidak salah jika dirinya ditakdirkan untuk bertemu jodoh dengan seseorang yang berasal dari Sik atau Alor Setar.

Foto: Malaysia Kini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, timbul desas-desus warganet yang beranggapan bahawa Sanusi sedang menyambut hari raya ketiga di rumah isteri keduanya.

Perihal ini tular setelah Sanusi memuat naik sebuah hantaran tentang saranan berkahwin di bulan Syawal menerusi akaun Facebook miliknya dengan kapsyen sedang berada di Pahang.

Untuk rekod, Sanusi merupakan bapa kepada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan hasil daripada perkahwinannya dengan isteri, Jusmalailani Jusoh.

Sumber: New Straits Times (Ahmad Mukhsein Mukhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd