Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sokong PM, Enam Ahli Parlimen & Satu ADUN Bakal Terima Notis Rasmi Daripada Bersatu

Enam Ahli Parlimen & seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal terima notis rasmi mengenai kedudukan mereka dalam masa terdekat ini.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan ini diambil susulan enam Ahli Parlimen dan ADUN yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen & satu ADUN bakal terima notis rasmi

Foto: News Strait Times

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah mengarahkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk ‘menguruskan’ notis kepada enam Ahli Parlimen dan Adun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam masa terdekat mesti sampai. Kita kena tengok kiri kanan juga. Kita kena hati-hati sebab alih sokongan ini banyak perkara teknikal.
“Sabarlah. Nanti  sampai, Insya-Allah. Takkan lari gunung dikejar, jangan risau,” katanya.

Artikel lain: Dipaksa Layan 35 Pelanggan Sehari, Polis Selamatkan 13 Wanita Mangsa Pemerdagangan

Dilaporkan, Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada BERSATU berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sehubungan itu keenam-enam wakil rakyat berkenaan masih lagi kekal sebagai Ahli Parlimen.

Foto: MalaysiaGazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskaan permohonan pindaan Perlembagaan BERSATU yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka.

Pengguguran itu sekaligus akan mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada lawan parti BERSATU.

Kata Razali, sekiranya Johari menerima notis berkenaan, beliau akan menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat itu untuk tidak berdolak dalih dan terus mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen itu.

“Speaker kalau dapat notis, dia jangan pusing-pusing pula. Teruskan dan kosongkanlah kerusi itu. Itu saja saya nak pesan kepada Speaker. Kemudian, kita adakan pilihan raya,” ujarnya.

Tambah Razali, beliau tidak melihat sebarang kemungkinan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu akan melambatkan isu pengosongan kerusi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya yakin apabila Speaker bertanya, dia nak percepatkan pengosongan kerusi. Itu jangkaan saya,” kongsinya.

Sekadar inf, enam Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd