Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Forum Air Dunia Kali Ke-10 Pupuk Kerjasama Global, Kenal Pasti Isu Berkaitan Pengurusan Air

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali, Indonesia melalui jemputan Presiden Republik Indonesia, Presiden Joko Widodo bermula 18 hingga 21 Mei ini.

Menerusi satu kenyataan, PETRA berkata,  Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke forum berkenaan.

Foto: FB Fadillah Yusof 

“Forum Air Dunia atau The World Water Forum (WWF) yang diadakan setiap tiga tahun dianjurkan bersama oleh Majlis Air Dunia (WWC) dan negara tuan rumah, bertujuan untuk memupuk hubungan kerjasama global dan menggalakkan tindakan dalam mengenalpasti isu-isu terkini berkaitan pengurusan air melalui penyelesaian bersepadu,” katanya hari ini.

PETRA menjelaskan, penyertaan Malaysia dalam Forum tersebut melibatkan Mesyuarat Peringkat Tertinggi diketuai oleh Indonesia yang bertujuan untuk meneroka penyelesaian inovatif terhadap cabaran berkaitan air berdasarkan tema forum, Air untuk Kemakmuran Bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Delegasi Malaysia dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Presiden Joko Widodo, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Binsar Pandjaitan,) Setiausaha Konvensyen Air dan pihak-pihak berkaitan yang lain,” ujarnya.

Foto: worldwaterforum.org

Tambahnya, pertemuan tersebut akan membincangkan kemajuan hubungan dua hala, khususnya kerjasama pada masa hadapan dan usaha kolaboratif untuk meningkatkan kemampanan air, berkongsi penyelesaian inovatif untuk menangani isu-isu berkaitan air di rantau ini serta secara global.

“Forum ini dijangka mengukuhkan komitmen Malaysia untuk memastikan penggunaan air yang mampan, keselamatan bekalan air dan mewujudkan peluang ekonomi,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, PETRA akan memberi tumpuan kepada penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran air yang wujud, seperti perubahan corak hujan dan fenomena cuaca melampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd