Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKDW, FELCRA Lancar Inisiatif Projek Loji Janakuasa Biogas Terbesar

FELCRA Berhad (FELCRA) melancarkan inisiatif pembinaan Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar di Malaysia dengan kapasiti 5.5-megawatt (MW) yang mula beroperasi sepenuhnya di Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, Jerantut, Pahang pada 11 April.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui melalui projek biogas dari sisa efluen kelapa sawit (POME) merupakan satu inisiatif strategik.

Foto: FB KKDW

“Ini merupakan inisiatif strategik bagi memastikan negara terus memperolehi sumber tenaga elektrik secara berterusan di samping menjamin kelestarian alam sekitar.
“Untuk mencapai aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh lima ke lapan tahun yang akan datang, keperluan bekalan tenaga elektrik yang stabil dan konsisten memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan, pertumbuhan, perindustrian dan perbandaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis perasmian dan lawatan ke Logi Janakuasa Biogas 5.5 MW Cenergi FJP di Jerantut, Pahang pada 18 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB KKDW

Zahid turut menggalakkan agensi kerajaan untuk memperkasakan kerjasama strategik dengan syarikat swasta yang berpotensi bagi mengukuhkan kemampuan syarikat serta mengembangkan akses kepada kepakaran dan pemindahan teknologi yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Sementara itu, FELCRA melaporkan bahawa loji janakuasa biogas berkapasiti 5.5 MW ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada hampir 14,000 rumah atau kira-kira 70,000 orang penduduk luar bandar yang bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi.

“Inisiatif ini bertepatan dengan Aspirasi Desa Madani yang diperkenalkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Foto: FB KKDW

Advertisement. Scroll to continue reading.

FELCRA juga memaklumkan loji tersebut telah mendapat pengiktrafan oleh Malaysia Book of Record yang merupakan kejayaan hasil kerjasama strategik antara FELCRA Berhad, Felcra Jayaputra Sdn Bhd dan Cenergi SEA Berhad (Cenergi) anak syarikat UEM Group Berhad.

“FELCRA optimis bahawa loji janakuasa yang diuruskan oleh Cenergi FJP ini merupakan pemangkin kepada proses perbandaran di luar bandar melalui impak positif terhadap limpahan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakop, Pengerusi FELCRA Jayaputra Datuk Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Cenergi SEA Berhad Datuk Mohd Izani Ghani dan barisan Exco Negeri Pahang.

Foto: FB KKDW

KKDW menerusi FELCRA akan terus giat memperkenalkan inisiatif khusus untuk masyarakat desa selain komited memperkasakan keupayaan fasiliti sedia ada untuk dinaik taraf bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd