Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Sindir Wakil Rakyat, Wanita ‘Berposing’ Atas Jalan Rosak Tanda Protes

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran di aplikasi Tiktok baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Tiktok, Ummu melalui akaunnya @ummuhani29 memuat naik satu video berdurasi 14 saat yang memaparkan keadaan jalan rosak, iaitu berlubang dan berlopak sehingga menyusahkan penduduk sekitar.

Foto: FB Ummu Hani

JALAN RUSAK ‼️ Seperti sudah menjadi warisan turun temurun. Sebelum terlupa, kelmarin ‘Bapak’ (wakil rakyat) dapat banyak sekali penghargaan atas prestasinya ya,” katanya baru-baru ini.

Ummu juga dilihat seolah-olah bertindak protes dengan mengenakan pakaian gaun kembang berwarna hitam sambil berbaring di dalam lopak air atas jalan sambil berposing memegang kertas putih yang bertuliskan ‘kami perlu realisasi, bukan intimidasi’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@ummuhani29

Dia juga bertindak memerli wakil rakyat dengan mengucapkan selamat atas penganugerahan yang diberikan pemerintah Republik Indonesia atas penghargaan terhadap jasanya kepada warga sekitar terutama di Wilayah Lampung, Pulau Sumatera.

“Tahniah kepada Tuan Bupati Nanang Ermanto Bin Haji Nanang Dinas, Lamsel Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) RI (rakyat Indonesia),” ujarnya.

Untuk makluman, Kabupaten Lampung Selatan merupakan sebuah kabupaten di Wilayah Lampung, ibu kotanya terletak di Kalianda dan penduduknya sekitar 2000 orang.

Sumber: TikTok @ummuhani29

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd