Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kerja Sebagai Pencuci Daki, Lelaki Raih Keuntungan Sehingga RM142,000 Sebulan

Seorang lelaki daripada Korea Selatan mendedahkan dia boleh raih keuntungan sebanyak AS$30,000 setiap bulan dengan hanya bekerja sebagai pencuci daki atau ‘scrubber’.

Pencuci Daki Raih Keuntungan RM142000

Memetik laporan Koreaboo, lelaki yang bernama Kim Sang Seob mendedahkan perkara tersebut menerusi satu temu bual dalam rancangan realiti Korea Selatan, Ordinary Millionaire.

Menurut Kim, ketika berusia 20 tahun dia ternampak iklan kerja kosong di sebuah rumah mandian dan di sana bermulanya kerjaya lelaki itu sebagai pencuci daki.

Kini, Kim menerajui syarikat yang mempunyai lapan tukang cuci daki dan dia berpotensi untuk mendapat keuntungan sehingga AS$30,000 (RM141,585) sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sindir Wakil Rakyat, Wanita ‘Berposing’ Atas Jalan Rosak Tanda Protes

Tambahnya, sebagai pencuci daki senior, jadual Kim selalunya akan penuh dengan pelanggan dan ini bermakna dia keuntungannya boleh mencecah sehingga AS$3,000 (RM4,738) sehari.

Pencuci Daki Raih Keuntungan

Namun begitu, menurut Kim tidak ramai generasi muda yang berminat untuk bekerja sebagai pencuci daki walaupun gajinya setaraf dengan bayaran daripada syarikat-syarikat besar di Korea Selatan.

Kim turut berharap akan ada pencuci daki daripada generasi muda yang dia boleh latih dan kemudian meneraju dunia pekerjaannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak fikir saya cuma cuci daki orang lain. Saya anggap pekerjaan saya sebagai seni. Badan di depan saya adalah hasil seni saya,” katanya.

Sumber: Koreaboo

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd