Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KMP Luah Rasa Kecewa, Setiausaha Akhbar Menteri Kesihatan Perlekeh Media?

Kelab Media Putrajaya (KMP) meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Kesihatan, Nik Azmi Nik Fathil susulan sikapnya yang tidak mencerminkan jawatan sekali gus didakwa memperlekehkan pihak media.

Menerusi kenyataan media, kekesalan tersebut merupakan rentetan daripada aduan beberapa pengamal media yang menghadiri Majlis Pelancaran Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Permintaan Jagaan Kesihatan serta ‘Global Adult Tobacco Survey’ (GATS) Malaysia 2023 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), semalam.

Foto: FB KMP

Pihaknya menjelaskan bahawa tindakan individu tersebut tidak dapat diterima memandangkan pengamal media sememangnya dituntut untuk mendapatkan penjelasan serta maklumat tambahan daripada segi statistik mengenai majlis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Business Today

“Bagi KMP, permintaan maklumat tambahan itu berasas apatah lagi ia membabitkan hasil penyelidikan yang menuntut angka yang tepat.
“Jika kami pengamal media sentiasa dituntut untuk beretika dan menyampaikan fakta yang betul dalam pelaporan, namun jika ini reaksi yang diterima, ia akan mengganggu tugas kami untuk menampilkan laporan sahih, padat serta berkualiti kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, KMP berkata, SUA tersebut dilaporkan turut mencelah ketika pemberita mengajukan soalan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Foto: X Azmi Fathil

Difahamkan, tindakan Nik Azmi telah mengejutkan pengamal media di program berkenaan memandangkan ia merupakan kali pertama mereka berhadapan dengan SUA yang bertingkah laku sedemikian rupa.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid036V3mpMMTwE9ZCH9Tu1qExh3odPR5o9mF4CSJYyvxyf1aXfQw8swuWuEsj7EebzZ7l&id=100066730714981

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apakah ini prosedur baharu pentadbiran yang mana SUA boleh menjawab bagi pihak Menteri ketika sidang media?
“Hubungan saling memerlukan dan melengkapi di antara pengamal media dan Setiausaha-setiausaha Akhbar kepada Menteri amat penting dalam menyebar luas maklumat terutama dasar, inisiatif serta pencapaian kerajaan yang bermanfaat dan membentuk pemikiran masyarakat, selain menjadi semak dan imbang kepada negara,” ujarnya.

Sumber: Facebook Kelab Media Putrajaya

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Lokal

Kes kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mengorbankan seorang lelaki warga Bangladesh kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan...

Lokal

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd