Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

WHO Luluskan Vaksin Denggi Baharu, TAK-003 Oleh Takeda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluluskan vaksin denggi baharu TAK-003 yang dibangunkan oleh Takeda, menjadikannya vaksin denggi kedua yang prakelayakan oleh WHO pada 10 Mei lepas.

Menurut satu kenyataan, Pengarah WHO untuk Peraturan dan Prakualifikasi Dr Rogerio Gaspar berkata, prakelayakan TAK-003 merupakan satu langkah penting bagi pengembangan akses global kepada vaksin denggi.

Foto: ionline.sapo.pt

“Ia kini boleh dibeli oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuklah Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO).
“Dengan hanya dua vaksin denggi setakat ini, kami berharap lebih banyak pemaju vaksin tampil untuk penilaian, supaya kami dapat memastikan vaksin sampai kepada semua komuniti yang memerlukannya,” katanya.

Beliau juga berkata, WHO mengesyorkan penggunaan TAK-003 di kawasan yang mempunyai beban dan intensiti penularan denggi yang tinggi pada kanak-kanak yang berusia enam hingga 16 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: alomedika.com

“Vaksin perlu diberikan mengikut jadual, iaitu dua dos dengan selang tiga bulan antara dos.
“Ia merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi,” ujar beliau.

Dr Rogerio turut memberitahu denggi merupakan penyakit bawaan vektor yang disebarkan melalui gigitan nyamuk yang sudah dijangkiti dan boleh berkembang daripada jangkitan demam denggi yang mana boleh membawa komplikasi teruk serta berpotensi membawa maut.

“Senarai prakelayakan WHO juga termasuk vaksin denggi CYD-TDV yang dibangunkan oleh Sanofi Pasteur,” tambahnya lagi.

Foto: rootofscience.com

Untuk makluman, jumlah terbesar kes denggi dilaporkan di Wilayah WHO Amerika sebanyak 4.5 juta kes dan 2,300 kematian pada 2023, dan dianggarkan terdapat lebih daripada 100 hingga 400 juta kes denggi di seluruh dunia bagi setiap tahun dan 3.8 bilion orang yang tinggal di negara-negara endemik denggi, yang kebanyakannya berada di Asia, Afrika dan Amerika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kes denggi juga berkemungkinan meningkat dan berkembang secara geografi disebabkan perubahan iklim dan pembandaran.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd