Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Langgar Pelajar Tingkatan Lima, Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menetapkan kes ke atas tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 45 tahun yang dibacakan oleh Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet dan menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan dengan tarikh perbicaraan bermula pada 4 November depan.

Foto: Buletin TV3

“Tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November, 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.
“Kedua-dua pihak turut ditetapkan oleh Mahkamah untuk menyerahkan afidavit masing-masing pada 1 Julai depan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Nazri yang sebelum ini dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ke atasnya dan memohon di hadapan Bhupindar Singh supaya dibicarakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, antara 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.
“Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan,” ujarnya.

Kes pendakwaan tersebut juga dilaporkan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh pula diwakili peguamnya iaitu Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan M Kuhan.

Selain itu, peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif turut hadir bersama-sama dalam prosiding hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Afzainizam menyatakan bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa kira-kira sebulan untuk memuktamadkan senarai saksi sebelum dokumen itu diserahkan kepada pihak pembelaan dan pihaknya juga perlu meneliti beberapa dokumen memandangkan dalam kes itu ia membabitkan kira-kira 60 saksi termasuk saksi pakar.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd