Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tanpa Ragu-Ragu, Nasi Lemak Malaysia Jadi Pilihan Phua Chu Kang

Pelakon terkenal Singapura, Gurmit Singh yang terkenal melalui watak dalam siri filem komedi popular Singapura, ‘Phua Chu Kang’ memberitahu nasi lemak Malaysia lebih sedap berbanding dengan versi Singapura.

Menerusi satu video TikTok, seorang pempengaruh Tiktok tempatan Daniel Liew melalui hantaran di akaunnya @danieldineskl yang berdurasi 2 minit 11 saat memaparkan Gurmit sangat teruja dengan nasi lemak Malaysia dan tanpa ragu-ragu mengatakan nasi lemak dari Malaysia lebih sedap berbanding Singapura.

Foto: Time Out

“Malaysia. Tiada keraguan,” katanya.

Dia berkata demikian selepas diajukan soalan lebih memilih nasi lemak dari Malaysia atau dari Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gurmit juga dilihat secara santai memilih pelbagai hidangan lauk sampingan bersama nasi lemaknya, termasuklah bergedil dan ayam goreng yang menaikkan lagi persembahan hidangan sepinggan nasi lemak tersebut selain menikmati hidangan dengan menyuap menggunakan tangan.

Sementara itu, Liew yang merupakan seorang vlogger makanan tempatan dengan lebih 100,000 pengikut di Tiktok juga turut mengajukan beberapa soalan singkat kepada Gurmit mengenai pilihannya antara hidangan tempatan dengan Singapura.

@danieldineskl

Brought Phua Chu Kang to eat our local Malaysian Nasi Lemak. His NEW comedy show is coming on 20th and 21 July 2024 at HGH Convention Centre, Kuala Lumpur #phuachukang #laughdieyou #gurmitsingh #herosingh

♬ original sound – danieldineskl – danieldineskl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil daripada jawapan ringkas Gurmit menunjukkan bahawa dia lebih suka nasi lemak, nasi ayam dan Hokkien Mee versi Malaysia, manakala lebih memilih bak kut, ketam cili, dan char kuey teow versi Singapura.

Selain itu, rata-rata netizen terhibur dengan penampilan Gurmit yang dilihat makan menggunakan tangan tanpa sudu dan garfu dalam video berkenaan dan meninggalkan maklum balas positif di ruangan komen hantaran video itu.

Makan dengan tangan..

Stylo!

Tengok makan pakai tangan sampai lupa dia Singh..

Untuk makluman, rancangan komedi terbaharu Gurmit Singh akan diadakan di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Julai tahun ini.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd