Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masalah Selenggara? Banyak Dewan Bedah Pusat Jantung Hospital Serdang Tidak Boleh Diguna

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan.

Memetik laporan The Star, Hospital Serdang yang menempatkan pusat itu masih menjalankan dua sehingga tiga pembedahan jantung sehari di bangunan lamanya.

Walaupun begitu, hanya satu daripada empat dewan bedah lama di bangunan lama itu yang beroperasi.

Susulan itu, kira-kira 1,000 pesakit memerlukan pembedahan jantung telah diletakkan dalam senarai menunggu sehingga beberapa bulan berikutan isu infrastruktur, dengan hanya kes-kes yang mendesak diberi keutamaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di bangunan hospital lama terdapat empat dewan bedah. Tapi terdapat masalah juga sejak minggu lepas, kerana hanya satu dewan bedah sahaja yang boleh digunakan.
“Kami menjalankan pembedahan di tiga dewan bedah selama ini kerana satu lagi bilik bedah mempunyai masalah lampu dan kekurangan meja. Oleh sebab itu, ia ditutup sejak dua hingga tiga tahun lalu,” dakwa seorang sumber.

Manakala, sumber turut mengatakan bahawa empat dewan bedah di pusat jantung baharu pula tidak dapat berfungsi dengan baik berikutan isu pendingin hawa rosak.

Foto: Harian Metro

Foto sekadar hiasan

Dalam pada itu, sumber yang sama turut mengatakan bahawa pada awal tahun ini, ia dikurangkan kepada dua kerana masalah pendingin hawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, situasi bertambah buruk sejak minggu lalu, pihak mereka hanya dapat menjalankan satu dewan bedah sahaja.

“Bagi bangunan yang baru, tiada satu pun dewan bedah baharu telah digunakan sejak bangunan itu siap.
“Pesakit perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun untuk mendapat tarikh kemasukan. Disebabkan ketiadaan dewan bedah, mereka menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu di wad.
“Ramai yang hilang harapan untuk mendapatkan slot pembedahan disebabkan masalah-masalah begini,” tambah sumber itu.

Walaupun begitu, pihak Jabatan Kesihatan Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipercayai masih belum mengulas mengenai perkara ini.

Untuk rekod, selain Hospital Serdang, terdapat 10 hospital di bawah KKM yang mempunyai perkhidmatan kardiologi, termasuk tujuh yang menjalankan pembedahan kardiotoraks.

Sumber: The Star (Ragananthini Vethasalam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd