Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar, The Experts Temui Penonton 23 Mei Ini

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures.

Menerusi siaran media, filem arahan oleh pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah iaitu pengarah filem J2: J Retribusi ini, memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain mereka, pelakon ternama yang turut membintangi The Experts adalah Maya Karin, Douglas Lim, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir dan Michael Ang.

Menurut Penerbit Eksekutif The Experts merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, selepas sambutan kejayaan filem Sheriff, Astro Shaw persembahkan sebuah lagi filem yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan tidak pernah lagi ditampilkan dalam naskhah tempatan iaitu The Experts.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

“Filem ini menggabungkan elemen komedi, keluarga, aksi, serta dibintangi para pelakon hebat dan versatil. Kami percaya ramai yang menantikan filem ini dan tambah teruja apabila menyaksikan video ‘teaser’ The Experts pada 24 April lalu. Buktinya ‘teaser’ tersebut menerima lebih 1.5 juta tontonan di platform media sosial Astro Shaw dalam tempoh kurang 24 jam berserta komen positif.
“Kami sangat gembira berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan penerbit yang berpengalaman seperti ZAK Capital dan TGV Pictures untuk menjayakan filem ini. Sementara itu, kerjasama dengan Calpis Soda menerusi “Fizz Operation” menggabungkan kelebihan inovasi dalam memperluas jangkauan kami dan menetapkan era baru dalam pemasaran platform hiburan,”  katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisah ini menceritakan, The Experts kembali bermula selepas sedekad meninggalkan kegiatan merompak, lima adik-beradik kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu rompakan berisiko tinggi.

Mereka juga berdepan dengan dendam lama, tragedi keluarga, dan bayangan sejarah kejahatan mereka. Setiap ahli keluarga perlu mengorbankan segalanya untuk melindungi keluarga mereka dalam misi paling sukar mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd